22 Ogos 2015

PANADOL & PARACETAMOL








Image result for panadol regular

Panadol Regular

Mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam , samada sebiji atau 2 biji setiap kali pengambilan .


Image result for panadol extend

Panadol Extend

Mengandungi Paracetamol 665mg dan boleh bertahan sehingga 8 jam . Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam .

Image result for panadol extra

Panadol Extra

Mengandungi Paracetamol 500mg dan 65g cafeine , untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.

Image result for panadol active fast

Panadol Actifast

Mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodium untuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat . Oleh kerana mengandungi Sodium , pesakit darah tinggi dan pesakit jantung dinasihatkan untuk mengambil Sodium yang rendah dalam pemakanan .

Image result for panadol menstrual

Panadol Menstrual

Mengandungi Paracetamol 500mg dan Pamabrom 25mg . Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid .

Image result for panadol soluble


Panadol Soluble

 Mengandungi Paracetamol 500mg dan Sodium 427mg . Ia mudah larut dalam air . Kandungan Sodium agak tinggi , pesakit darah tinggi dan pesakit jantung dinasihatkan untuk mengambil Sodium yang rendah dalam pemakanan .

Oleh kerana Panadol dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan , pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi , walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi .


Image result for paracetamol

Paracetamol


Ubat tahan sakit seperti Paracetamol hanya diambil sekiranya perlu untuk menahan kesakitan secara sementara sahaja . Lazimnya , pesakit dinasihatkan agar mengambil dos yang paling rendah dan untuk tempoh yang paling singkat mengikut kesesuaian setiap individu . Sekiranya kesakitan berpanjangan atau tidak beransur pulih , pesakit dinasihatkan agar tidak mengambil ubat tahan sakit dalam dos yang berlebihan , atau sebaliknya berjumpalah doktor untuk mengenal pasti punca kesakitan itu berlaku .

Untuk makluman , Paracetamol mempunyai "half-life" yang pendek , iaitu selama 1 - 4 jam sahaja . Ini bermakna , hampir kesemua Paracetamol akan disingkirkan daripada badan dalam tempoh 24 jam . Walau bagaimanapun , pengguna juga disarankan agar tidak mengambil melebihi dos maksima yang ditetapkan , iaitu 4 gram (bersamaan 8 biji Paracetamol 500mg) dalam tempoh 24 jam .

Image result for panadol
Panadol

Adalah sejenis "painkiller" . Semakin banyak anda mengambilnya , semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda . Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan