23 Ogos 2015

Air Detox Pelbagai Buah dan Warna Untuk Kesihatan

Wah , sedapnya tengok air detox nie , walaupun tak ada rasa , tapi nampak menarik dan boleh buat kita terliur dan bersemangat nak minum .

Jom kita tengok gambar - gambar hasil dari google .


Image result for minuman detox

Air detox strawberry + lemon , lemon + kiwi , lemon + limau . Ni kalau beli dekat kedai @ restoran ni mau tak nya mahal , baik buat sendiri kan daripada beli kat luar , bukan susah dan mahal pun air dan buah nak buat air detox ni .

Image result for minuman detox

Bagus air detox ni rupanya , boleh kempiskan perut , boleh buang angin dalam badan , boleh cantikkan kulit , aku ingatkan air jus je yang banyak kelebihan dia , rupanya air detox pun sama je , beza nya air yang diblender dan direndam dalam air .

Image result for minuman detox

Kalau lah ada orang yang rajin buatkan air detox macam diatas ni , lepas tu simpan dalam ais box , , , , , , ,  Urmmmm , baru la best , tapi kalau nak harapkan diri ni yang buat entah bila la baru datang rajin tu kan .

Image result for detox buah

Cantik kan letak air detox dalam botol yang comel - comel macam gambar diatas . Kalau dekat luar negara mesti lagi macam - macam dan buah yang pelik - pelik dorang buat air detox ni kan . 

Lepas ni Insya Allah nak cuba buat lah , dan nak bagi cik suami rasa , mana tau kalau die suka , mesti dia nak bawa bekal air ni pegi kerja kan , tak payah lah bazirkan duit beli air kat luar sana yang mahal - mahal tu , bawa dan minum air detox lagi bagus kan .


22 Ogos 2015

PANADOL & PARACETAMOL








Image result for panadol regular

Panadol Regular

Mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam , samada sebiji atau 2 biji setiap kali pengambilan .


Image result for panadol extend

Panadol Extend

Mengandungi Paracetamol 665mg dan boleh bertahan sehingga 8 jam . Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam .

Image result for panadol extra

Panadol Extra

Mengandungi Paracetamol 500mg dan 65g cafeine , untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.

Image result for panadol active fast

Panadol Actifast

Mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodium untuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat . Oleh kerana mengandungi Sodium , pesakit darah tinggi dan pesakit jantung dinasihatkan untuk mengambil Sodium yang rendah dalam pemakanan .

Image result for panadol menstrual

Panadol Menstrual

Mengandungi Paracetamol 500mg dan Pamabrom 25mg . Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid .

Image result for panadol soluble


Panadol Soluble

 Mengandungi Paracetamol 500mg dan Sodium 427mg . Ia mudah larut dalam air . Kandungan Sodium agak tinggi , pesakit darah tinggi dan pesakit jantung dinasihatkan untuk mengambil Sodium yang rendah dalam pemakanan .

Oleh kerana Panadol dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan , pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi , walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi .


Image result for paracetamol

Paracetamol


Ubat tahan sakit seperti Paracetamol hanya diambil sekiranya perlu untuk menahan kesakitan secara sementara sahaja . Lazimnya , pesakit dinasihatkan agar mengambil dos yang paling rendah dan untuk tempoh yang paling singkat mengikut kesesuaian setiap individu . Sekiranya kesakitan berpanjangan atau tidak beransur pulih , pesakit dinasihatkan agar tidak mengambil ubat tahan sakit dalam dos yang berlebihan , atau sebaliknya berjumpalah doktor untuk mengenal pasti punca kesakitan itu berlaku .

Untuk makluman , Paracetamol mempunyai "half-life" yang pendek , iaitu selama 1 - 4 jam sahaja . Ini bermakna , hampir kesemua Paracetamol akan disingkirkan daripada badan dalam tempoh 24 jam . Walau bagaimanapun , pengguna juga disarankan agar tidak mengambil melebihi dos maksima yang ditetapkan , iaitu 4 gram (bersamaan 8 biji Paracetamol 500mg) dalam tempoh 24 jam .

Image result for panadol
Panadol

Adalah sejenis "painkiller" . Semakin banyak anda mengambilnya , semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda . Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan