23 Ogos 2015

Air Detox Pelbagai Buah dan Warna Untuk Kesihatan

Wah , sedapnya tengok air detox nie , walaupun tak ada rasa , tapi nampak menarik dan boleh buat kita terliur dan bersemangat nak minum .

Jom kita tengok gambar - gambar hasil dari google .


Image result for minuman detox

Air detox strawberry + lemon , lemon + kiwi , lemon + limau . Ni kalau beli dekat kedai @ restoran ni mau tak nya mahal , baik buat sendiri kan daripada beli kat luar , bukan susah dan mahal pun air dan buah nak buat air detox ni .

Image result for minuman detox

Bagus air detox ni rupanya , boleh kempiskan perut , boleh buang angin dalam badan , boleh cantikkan kulit , aku ingatkan air jus je yang banyak kelebihan dia , rupanya air detox pun sama je , beza nya air yang diblender dan direndam dalam air .

Image result for minuman detox

Kalau lah ada orang yang rajin buatkan air detox macam diatas ni , lepas tu simpan dalam ais box , , , , , , ,  Urmmmm , baru la best , tapi kalau nak harapkan diri ni yang buat entah bila la baru datang rajin tu kan .

Image result for detox buah

Cantik kan letak air detox dalam botol yang comel - comel macam gambar diatas . Kalau dekat luar negara mesti lagi macam - macam dan buah yang pelik - pelik dorang buat air detox ni kan . 

Lepas ni Insya Allah nak cuba buat lah , dan nak bagi cik suami rasa , mana tau kalau die suka , mesti dia nak bawa bekal air ni pegi kerja kan , tak payah lah bazirkan duit beli air kat luar sana yang mahal - mahal tu , bawa dan minum air detox lagi bagus kan .


22 Ogos 2015

PANADOL & PARACETAMOL








Image result for panadol regular

Panadol Regular

Mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam , samada sebiji atau 2 biji setiap kali pengambilan .


Image result for panadol extend

Panadol Extend

Mengandungi Paracetamol 665mg dan boleh bertahan sehingga 8 jam . Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam .

Image result for panadol extra

Panadol Extra

Mengandungi Paracetamol 500mg dan 65g cafeine , untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.

Image result for panadol active fast

Panadol Actifast

Mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodium untuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat . Oleh kerana mengandungi Sodium , pesakit darah tinggi dan pesakit jantung dinasihatkan untuk mengambil Sodium yang rendah dalam pemakanan .

Image result for panadol menstrual

Panadol Menstrual

Mengandungi Paracetamol 500mg dan Pamabrom 25mg . Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid .

Image result for panadol soluble


Panadol Soluble

 Mengandungi Paracetamol 500mg dan Sodium 427mg . Ia mudah larut dalam air . Kandungan Sodium agak tinggi , pesakit darah tinggi dan pesakit jantung dinasihatkan untuk mengambil Sodium yang rendah dalam pemakanan .

Oleh kerana Panadol dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan , pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi , walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi .


Image result for paracetamol

Paracetamol


Ubat tahan sakit seperti Paracetamol hanya diambil sekiranya perlu untuk menahan kesakitan secara sementara sahaja . Lazimnya , pesakit dinasihatkan agar mengambil dos yang paling rendah dan untuk tempoh yang paling singkat mengikut kesesuaian setiap individu . Sekiranya kesakitan berpanjangan atau tidak beransur pulih , pesakit dinasihatkan agar tidak mengambil ubat tahan sakit dalam dos yang berlebihan , atau sebaliknya berjumpalah doktor untuk mengenal pasti punca kesakitan itu berlaku .

Untuk makluman , Paracetamol mempunyai "half-life" yang pendek , iaitu selama 1 - 4 jam sahaja . Ini bermakna , hampir kesemua Paracetamol akan disingkirkan daripada badan dalam tempoh 24 jam . Walau bagaimanapun , pengguna juga disarankan agar tidak mengambil melebihi dos maksima yang ditetapkan , iaitu 4 gram (bersamaan 8 biji Paracetamol 500mg) dalam tempoh 24 jam .

Image result for panadol
Panadol

Adalah sejenis "painkiller" . Semakin banyak anda mengambilnya , semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda . Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan 

29 Jun 2015

Khasiat Sarang Burung sesuai untuk baby yang batuk berkahak


Khasiat sarang burung... 


INFO KESIHATAN 

Image result for sarang burung waletSebelum ini tidak ramai yang tahu rahsia mengenai khasiat sarang burung walet (spesis daripada keluarga burung layang-layang).
Cuma sejak kebelakangan ini ia mula diketahui umum serta mula mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. 
Setakat ini banyak kajian telah mula dijalankan bagi mengkaji khasiat-khasiat lain yang mungkin boleh didapati dalam sarang burung walet ini.
Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam.
Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung & buah pingang selain ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga baik untuk kesihatan mata. 
Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
Sarang burung walet ini juga mampu mengubati  KANSER  dan HEPITITIS B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien2 dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.

Antara khasiatnya yang ketara ialah:- 

· Melancarkan system aliran darah yang betul ( mencegah kepucatan )
· Melegakan pernafasan & paru-paru
. Membetulkan system urat saraf ( termasuk warga emas )
· Memperbaiki sistem buah pinggang ( terutama pesakit diabetic )
· Memutih, melicinkan muka ( terutama bagi wanita hamil )
· Menghilangkan kedut kedut muka
· Mencantik & mengimbangkan struktur badan
· Menyegarkan mata dan membaiki aliran darah & urat mata
· Asma (lelah)
· Membuang air dalam paru paru atau  lemah paru2 atau berair)
· Agen memperbaiki hepatitis B & kanser
· Meninggikan IQ (orang dewasa dan kanak kanak)
· Batuk batuk kronik atau deman panas
· Untuk tenaga batin
· Menghasilkan sperma bagi lelaki  &  Menghasilkan / peningkatan telur dalam ovari
· Merupakan makanan sihat bagi para perokok, serta mengurangi effect yang ditimbulkan dari      
  nicotin.
· Penambahan selera makan terutama bagi warga emas                                                                                                              
 Info Kesihatan

 Antara khasiatnya yang ketara ialah:-

 Penyelidikan saintifik moden pula mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia pruduk kesihatan semula jadi yang tulin scsuai untuk semua peringkat usia. Dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif dalam sarang burung iaitu faktur sitimulasi mikrogenik dan perkembangan epidemik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan. Fungsi ini dikatakan menjadi punca utama sarang burung menghasilkan kulit yang muda, lembut. licin dan halus. Ianya juga membaiki kulit yang bermasaalah seperti parut dll. Unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistern imunisasi. Lantas menguatkan imuniti badan dan mencegah penyakit. 

Cara menikmati sarang burung yang betul 


  • Secara asasnya ada dua cara utama menikmati sarang burung iaitu lebih kerap tetapi sedikit’ dan pengambilan tetap secara bcrterusan. 
  • Seeloknya diambil satu sudu kecil atau besar sarang burung setiap pagi dan malam atau berselang hari (alternate day). 
  • Bagi kanak-kanak yang sering batuk dan selesema pengambilan sarang burung dapat membantu menguatkan sistem iminun badan. – diminum dengan air suam. Kocak hingga hancur dan minum.
  • Bagi kanak-kanak yang sering mengalami bisul di kepala (sawan bisul) dinasihatkan mengambilnya.
  •  Meningkatkan IQ (kanak kanak dan peringkat keatas ) – amat baik sekali untuk minda anak-anak seumur rendah (kecil) hingga dewasa  dan meningkatkan minda orang dewasa  akibat keletihan fikiran/ otak .  
  • Bagi kanak-kanak, diminum bercampur susu atau air suam.  
  • Bagi peringkat umur menengah keatas,  minum dengan air suam atau dicampur dengan minuman lain seperti milo,kopi dll.( 1sudu kecil ) setiap pagi atau malam atau berselang hari . 
  • Manakala bagi lelaki ia membantu meningkatkan fungsi buah pinggang dan paru-paru serta kekuatan badan ( keseluruhan fizikal & mental ) – seeloknya diminum samaada dengan air suam atau dengan dicampurkan dengan madu dan juga boleh diminum dengan air kelapa muda. 
  • Juga sesuai kepada para perokok yang mana dapat mengurangkan nakotik dalam paru-paru dan darah. 
  •  Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi, Ini amat jelas kerana bayi yang dilahirkan mempunyai kulit yang sangat cerah dan halus, serta fungsi badan lebih kuat dibandingkan bayi lain, Ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan. 
  • Manfaat bagi warga emas dan dewasa ianya membantu mencegah pembentukan lendir dan meningkatkan fungsi paru-paru, di samping memastikan selera makan yang baik dan limpa yang sihat, bagi warga emas yang lazim mengalami batuk berterusan atau lemah / keletihan . mereka hanya perlu mencampurkan sesudu teh sarang burung dengan air suam dan di minum setiap pagi dan petang.  - Hasilnya nampak nyata.                                      

Cara menyediakan & meminum nya.. 

 1-      Rendam sekeping sarang burung tersebut kedalam bekas FLASK AIR PANAS bersaiz  sederhana  dan biarkan selama sehari / semalaman . Pecah-pecahkan sarang burung tersebut bagi mendapat khasiatnya. Masukan air panas didih sebanyak  1/2  kedalam flask air panans tersebut. 2-      Sebelum minum..kocak thermost tersebut agar air & sarang burung pecah serata dan kembang. Tambah air panas ke tahap ¾ dalam flask air tersebu.
 3-      Untuk 1 keping sarang burung bentuk cube / wafer  tersebut , anda digalakkan rendam sarang burung melebihi satu (1) hari.. dalam flask ( disyorkan melebihi 3 hari atau lebih ). Sarang burung boleh diminum samada hari pertama , kedua dan seterusnya.
 4-      Untuk anak kecil   – sesudu teh ( 1 tea spoon)

Bagi Air Sarang Burung ML180. Bahagikan kepada 3 sukatan. Masukkan sukatan pertama kedalam flask dan tambah air panas kedalam flask tersebut. Kocak dan biar seketika. Diminum pada waktu pagi atau malam. Sukatan 1 sudu besar. Boleh diminum dengan sebarang minuman panas , sejuk atau begitu saja .

Bagi lelaki, untuk tenaga keseluruhan dalaman & luaran, sesuai diminum dengan air kelapa muda. Masukkan 1 sudu sudu besar sarang burung kedalam air kelapa muda, kacau dan minum. Kesegaran akan terasa dalam masa terdekat dan berterusan beberapa hari.

Cara penyimpanan. :  

Untuk khasiat yang lebih baik, simpan ditempat yang tidak terkena cahaya matahari. Pengguna Islam tidak perlu bimbang untuk menikmati makanan ini kerana melepasi ujian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan sarang burung adalah halal dimakan. Berita Harian bertarikh 14 Ogos 2004.